manusai,
dikau diciptakan dari segumpal darah,
lalu dikau menjadi janin yang bernyawa,
memakan apa sahaja makanan yang di makan oleh ibumu,
membesar, membesar dan semakin membesar,
lalu tibalah masanya untukmu melihat dunia.
setibanya di dunia,
dikau di ajar dgn pelbagai ilmu,
ilmu dunia ilmu akhirat,
di didik dgn penh belaian rasa syg.
Wednesday, September 16, 2009
manusia dunia
Posted by Basirah at 3:55 AM 0 comments
Friday, August 21, 2009
Wednesday, July 29, 2009
KETABAHAN
Duhai Hati,
Tabahlah dikau menempuhi hidup ini,
Jangan biarkan hatimu terluka,
Jangan biarkan ia hilang pedoman,
Jangan biarkan ia meracuni pemikiranmu...
Duhai Jiwa,
Perbanyakkanlah berzikir kepada-NYA,
Dekatkanlah hatimu mengingati-NYA,
Agar engkau terus tabah menghadapi hidup ini yang penuh mencabar,
Kembalilah dikau kepada-NYA,
Nescaya DIA tidak akan menghampakanmu.....
Duhai Semangat,
Andai kau hilang,Rebahlah daku,
Andai engkau tiada,Musnahlah daku,
Andai kau pergi hilanglah pedoman didalam hidupku,
Akan tetapi aku percaya akan ketentuan-Mu,
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersembunyi,
Hanya perlu tabah,sabar dan redha akan apa yang telah ditentukan oleh-Nya...
Duhai Hati Dan Jiwa,
Belajarlah menjadi lebih tabah,sabar dan redha atas ketentuan-NYA,
Belajarlah menghargai apa yang ada,
Belajarlah menjadi seorang insan yang sentiasa bersyukur,
Belajarlah mengharungi hidup ini dengan senyuman yang ketabahan...
Senyuman itu penawar luka (^^,)
Jadikanlah senyuman itu pembakar perasaanmu,
Didalam mengharungi hidup yang penuh mencabar ini...
Dengan senyuman hati akan merasa tenang,
Dengan senyuman kita tidak memerlukan bayaran,
Dengan senyuman kita dapat melihat ketabahan seseorang itu,
Senyumlah dengan seikhlas hatimu,
Senyuman yang ikhlas dapat dirasa oleh orang yang melihatnya ('',)
Posted by Basirah at 11:06 AM 0 comments
Sunday, July 26, 2009
Jangan Putus Asa
Pertama - Yang paling penting…percaya lah, Allah sayang kat kau sebenarnya. DIA rindu nak dengar kau bermunajat dan bermohon kepadaNYA. Dia tak nak kau alpa dan lupa padaNYA bila kau senang-senang boleh dapat markah tinggi. Allah sayang kat kau, takut kau jadi ego dan sombong kalau kau tak perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk dapat kejayaan tu. Kedua - Anggaplah ini didikan terus dari Allah. Study tu, nak kena sabar,kan? Nak kena kuatkan semangat, lawan perasaan mengantuk, perasaan nak main game, nak tengok TV lah, dan macam-macam lagi,kan. Allah sedang mendidik kita supaya bersabar. Kalau kita kurang berjaya, kita cuba lagi. Kalaulah, orang yang mencipta mentol dulu berputus asa, sudah tentu hari ini kita hidup dengan pelita semata-mata. Sebab itu kita tak boleh sama sekali berputus asa. Ketiga - Dalam proses study tu sendiri, kita kena latih diri kita berdisiplin. Study untuk exam, kita kena buat jadual,dan patuh pada jadual itu,kan? Jadi, secara tidak langsung, sebenarnya Allah sedang melatih kita menjadi orang yang bijak merancang dan berdisiplin. Bukan ke itu merupakan elemen yang amat penting untuk berjaya dalam hidup?
Keempat – Kita perlu ikhlas dalam belajar. Kita perlu terima bahawa hakikat, mungkin kita masih belum menguasai topik itu dengan baik. Salah siapa sebenarnya? Salah lecturer ke? Tapi mengapa pelajar lain boleh skor? Adakah kita benar-benar fokus sewaktu belajar? Adakah kita belajar itu dengan niat untuk faham dan ingat keseluruhannya kerana Allah semata-mata...atau kita sebenarnya merenung buku itu dan sibuk berangan tentang hal lain atau kita study sekadar untuk habiskan baca lecture note sahaja? Tepuk dada tanya iman.
Posted by Basirah at 11:01 AM 0 comments
Insan Dalam Kaca
Posted by Basirah at 6:51 AM 0 comments